Di sinilah aku coretkan kisah dan pengalaman
perjalanan sebuah kehidupan

:: AWIEN YAWARIS ::

LOGin

Thursday, May 19, 2011

Ketuat...

19.05.11 ~ lately ni ibu jari kaki asyik rasa sakit jer...bila di belek-belek..rupanyar ada ketuat kecil. eerrmm....entah bila wujudnyer ketuat pun tak perasan. Bagaimana boleh terjadi ketuat pun aku kurang pasti. Adakah kerana tidak menjaga kebersihan kaki? Eerrmm...rasanya setiap hari aku akan mencuci kaki dan setiap 2 minggu akan melakukan pedicure pada kaki. Apakah puncanya ek???? Terasa sakit sangat bila ada tekanan pada ketuat tersebut. Nak pergi berjumpa doktor, rasa segan sebab saiz ketuat yg sgt kecil tu...so dengan bantuan makcik google, aku cari maklumat utk rawatan ketuat. Jom kita baca info berkenaan ketuat.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jenis-jenis ketuat

Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan:

1. Ketuat biasa

2. Ketuat kaki (Plantar warts)

3. Ketuat filiform (Filiform warts)

4. Ketuat planar

5. Ketuat kelamin Genital warts

Rawatan ketuat

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

Antara rawatan yang boleh diambik untuk mengubat ketuat:-


1. Salap asid salisilik

2. Terapi cryo

3. Podophyllin

4. Interferon & asid trichloracetic (TCA)

5. Pembedahan membuang ketuat


P/S: Cuma sekadar informasi umum. Adalah lebih baik mendapat nasihat doktor utk sebarang rawatan.

No comments:

Post a Comment

Catatkan apa yang anda fikir..