Di sinilah aku coretkan kisah dan pengalaman
perjalanan sebuah kehidupan

:: AWIEN YAWARIS ::

LOGin

Friday, August 2, 2013

My 38th life journey....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada yg Maha Esa atas limpahan nikmat dan rahmatNya pada aku sepanjang perjalanan kehidupan ku ini. Pada 23 Julai yg lepas, genap usiaku 38 tahun..owhh...dah makin tua dh aku ni...sedang menuju ambang 40 series rupanyer...huhuhu..

Seketika...aku memandang jauh ke dalam kehidupan yg telah aku lalui sejak dari aku dilahirkan hinggalah kini. Pelbagai suka dan duka..pahit manis...cabaran dan dugaan..tak kurang juga kecewa dan bahagia mewarnai setiap ruang hidupku bergabung menjadikan ia seindah warna pelangi. Ceritara seorang hambaNya dlm menyusuri sebuah kehidupan yg pastinya punya titik noktah. Semua nya jua adalah dengan kehendak dan izinMu Ya Allah...Aku bersyukur dgn setiap yg berlaku dan bakal berlaku. Engkau jualah Pemilik seisi dunia ni Ya Allah....

N3 kali sedikit berbeza kan...kadang2 perlu juga bertukar2 angin supaya hidup tak membosankan..betul x? Perlu juga sesekali sedikit serius tanpa menghilangkan kemesraan yg wujud. Kene la pandai meletakkan nyer sesuai pada masa dan tempat...supaya hidup lebih balance dan punyer nilai...(hehehe..hai laa...merepek meraban aku ni kan!)....

Menyingkap perjalanan kehidupan yg aku lalui...tidak lah sehebat org lain. Mungkin pada aku..dh cukup mencabar..tp pada org lain..alaa...mcm kacang jer...Seawal usia ku 8 thn..aku telah diuji dgn kehilangan lelaki tercinta..Ayah pergi mengadap Penciptanya secara mengejut. Seusia itu..aku menolak takdir Allah. Tinggal lah mak membesarkan kami 10 beradik. Bermula lah hidup aku sebagai anak yatim. Pandangan org..byk la yg negetif dr yg positf.. Bukan mudah untuk terus bertahan dlm hidup sebegitu. Berbekalkan pencen arwah ayah sebanyak RM250..dan berkat ketabahan serta kesabaran seorang ibu dan isteri..alhamdulillah kami membesar dgn sempurna wpun tidak seperti keluarga org lain. Allah sentiasa ada bersama kami!! Kami tak punyer harta...tp mak tamankan nilai kasih sayang yg sgt utuh dan kuat pada kami adik beradik..dan emak adalah semangat kami...tak pernah walau sekali mak menangisi nasib nyer dihadapan anak2..Moga aku juga setabah emak..

Setiap dari kami dididik menjadi dewasa sebelum waktunya. Usia kanak2 dan remaja kami lebih byk sama2 membantu  mak. Cuti sekolah digunakan utk memolong mak mencari kayu api...time tu mana ada lg dapur gas. Masih lg menggunakan dapur kayu...kembang kuncup hidung nk menghidupkan api dapur tau..airmata jgn citer ler...bergelen2 kuar..pedih kena asap. Petang2 kami perlu menimba air telaga utk bekalan di rumah. Paip air pun belum ada lagi masa tu...nak merasa mcm budak2 zaman skrg..ipad..psp..ps3...mmg xder ler...nk berjalan2 time cuti2 sklh jauh sekali...tp kami tetap bahagia...Itu cabaran yg aku lalui lewat usia remaja.

Setelah melangkah alam dewasa..ujian dan cabaran tidak pernah berhenti. Alhamdulillah...tamat belajar..aku punyer pekerjaan. Wpun tidak berpangkat besar...tp aku tetap bersyukur. Bertemu jodoh setelah beberapa kali gagal dlm episod2 cinta aku yg lalu. Bersyukur aku dikurniakan dgn seorang teman hidup yg sgt memahami dan menghargai diriku.  Menerima seadanyer diri ku. Kebahagiaan melingkari kehidupan aku saat itu...namun ketentuan Allah...tiada siapa yg mampu mengatasinya. Aku sekali lagi diuji. Allah menarik semula nikmat kebahagiaan dgn menjemput suami ku pergi mengadapNya. Saat itu..sukar utk aku terangkan..semuanya terlalu sukar buatku. Tiada pilihan..aku harus teruskan hidup ini. Dan saat tu...emak adalah mentor ku..kekuatan dan ketabahan mak aku pinjam utk terus bernafas. Keluarga sentiasa berada di belakang untuk menyokong aku. Menyesuaikan diri dgn status baru..amat memyakitkan. Sendiri meneruskan kehidupan mendatang bukan suatu yg mudah.. Airmata menjadi teman setia. Dan Allah tempat aku mengadu segala rasa..semakin hari aku menjadi semakin kuat. Allah x pernah zalim dgn hambaNya. Perancangan Allah adalah yg terbaik. Itu aku pasti!!!

Dan kini...setelah 38 tahun..onak dan duri aku lalui..harapan aku agar Allah terus memberikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa2 kehidupan ini. Semoga di penghujung perjalanan ini nnt ku temui bahagia yg aku cari. Aku ingin membahagiakan insan2 yg sentiasa menyayangiku..menunaikan hayat emak utk menjejakkan kaki ke tanah suci. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberi aku hidayah utk aku menjadi muslim yg mentaati segala perintahNya. Hanya itu harapana ku. Aku tidak perlukan sambutan harijadi dan pelbagai hadiah. Doakan kesejahteraan diriku sudah memandai.

Terima kasih pada ahli keluarga, teman-teman, sahabat handai atas ucapan dan ingatan kalian untuk harijadi ku ini. Amat aku hargai. Moga kita sama2 berada dalam rahmat Allah SWT. Ameenn....



********************************************

Kekadang Allah menyempitkan supaya kita tidak hanyut dalam kesenangan...

Kekadang Dia melapangkan supaya kita tidak selalu dipagut kesempitan...

Kekadang Dia melepaskan kita daripada kedua-duanya supaya tidak bergantung kepada sesuatu yang lain selain-Nya!




Thursday, August 1, 2013

Roti Tortila

Bismillahirrahmanirrahim...

Asssalamualaikum..Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga Baginda. Sebak rasa hati bila makin menghampiri akhir Ramadhan. Terdetik di benak hati..tahun depan bisakah aku bertemu dgn Ramadhan Mu lagi Ya Allah?? Moga Allah masih memberi aku kesempatan ini lg...Ameennn...

Roti Tortila? semua org pun sure penah makan roti ni kan!!..ala...roti yg mcm twister KFC tu.  Aku mmg suka mkn roti ni sebab mengenyangkan dan menyihatkan. Makan 1 keping pun dh cukup..lagi pun mudah dan cepat utk disediakan..aku ni mmg la akan buat resepi yg mudah2 jer..resepi yg susah2 ni aku takut nk buat...sure x menjadi....hahahha..

Ok2..seperti yg aku dh janji ngan minn jasminn nk tempek kn resepi kt blog ni..moh kita skodeng apa resepi nyer.

Roti Torlila

Bahan2:-

Roti Tortila (aku guna Misson Wraps)
Sosej (belah dua)/Chicken slice(blh juga guna isi ketam/tuna/daging cincang ..etc)
Black Pepper Souce

Inti
Daun Salad
Tomato (potong dadu)
Timun (potong nipis)
Telur  dadar (buat nipis2 n ikut size roti tortila tu)
Keju cheesedale
Sos cili
Mayonis
Cheezy Souce

Cara2:

Panaskn kuali. Gaul sosej/chicken slice dgn black pepper souce. Masakkn sekejap. Ketepikan.
(blh ditambah dgn any herb or spice..ikut citarasa masing2...aku gaulkan dgn blackpepper jer..). Panaskan tortila atas pan/kuali tanpa minyak. Sekejap jer. bg dia lembut. Sepanjang aku buat tortila ni...mcm2 brand roti yg dh aku try..tp plg bagus aku rasa jenama Mission Wraps. Roti nyer x mudah patah bila kita nk gulung nnt dan rasanyer pun sedap.Mission wraps ni aku beli kt Jusco. Harga dlm 8 hengget lebih.

Mission Wraps..ada pelbagai perisa...

Now time utk kita susun bhn2 inti atas roti td. Memula sapu sos n mayonis atas tortila. Letakkan telur dadar. pastu letak kn salad, timum, tomato,sosej/chicken slice, sekeping keju cheesedale. Kalau korang rasa nk tambah apa2 bhn lg...xder masalah. Bak kata Chef Ammar..'ikut suka2 hati'..hehehe. Then picitkan sos cili, mayonis n cheezy souce. Cheezy souce tu aku beli kt Bagus. Harga rm25 utk 500gram. Cara nak bancuh cheezy souce ni...amik beberapa sudu..pastu bancuh ngan sedikit air panas. Kacau hingga sebati n smooth.

Lepas dah siap letak bahan2 td..boleh la digulung roti tu.  Cara nk gulung...ikut citarasa masing2...nk lipat dua jer pun blh...nk gulung mcm biasa pun boleh...susah2 sgt..search dlm youtube cara2 nk wrap tortila ni.. Bila dh siap gulung..cucuk kan ngan lidi di tgh2 roti supaya x terbuka. Blh jugak dipanaskn sekejap roti tu sblm dihidangkan. Ok!! dh siap...senang jer kan...ater..try la..sure korang suka!!

Tortila Ketam....




Tortila sosej...
Dalam bulan pose ni jer...dh 5 kali aku buat roti tortila ni utk berbuka pose..anak2 sedara aku suka ssgt...pantang nampak muka...asyik membodek aku suh buatkan...Takpe la kan...bln2 pose ni...jamu org mkn berbuka pun dpt pahala kan...

Ok la korang...nk kuar jap...cuci2 mata soping utk raya skit...nk ikut....jommmmmmmss. Bye...Asssalamualaikum...






****************************************************

"kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi yg baik..tetapi itulah usaha kita untuk menjadi orang yang baik!!'