Di sinilah aku coretkan kisah dan pengalaman
perjalanan sebuah kehidupan

:: AWIEN YAWARIS ::

LOGin

Friday, August 2, 2013

My 38th life journey....

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepada yg Maha Esa atas limpahan nikmat dan rahmatNya pada aku sepanjang perjalanan kehidupan ku ini. Pada 23 Julai yg lepas, genap usiaku 38 tahun..owhh...dah makin tua dh aku ni...sedang menuju ambang 40 series rupanyer...huhuhu..

Seketika...aku memandang jauh ke dalam kehidupan yg telah aku lalui sejak dari aku dilahirkan hinggalah kini. Pelbagai suka dan duka..pahit manis...cabaran dan dugaan..tak kurang juga kecewa dan bahagia mewarnai setiap ruang hidupku bergabung menjadikan ia seindah warna pelangi. Ceritara seorang hambaNya dlm menyusuri sebuah kehidupan yg pastinya punya titik noktah. Semua nya jua adalah dengan kehendak dan izinMu Ya Allah...Aku bersyukur dgn setiap yg berlaku dan bakal berlaku. Engkau jualah Pemilik seisi dunia ni Ya Allah....

N3 kali sedikit berbeza kan...kadang2 perlu juga bertukar2 angin supaya hidup tak membosankan..betul x? Perlu juga sesekali sedikit serius tanpa menghilangkan kemesraan yg wujud. Kene la pandai meletakkan nyer sesuai pada masa dan tempat...supaya hidup lebih balance dan punyer nilai...(hehehe..hai laa...merepek meraban aku ni kan!)....

Menyingkap perjalanan kehidupan yg aku lalui...tidak lah sehebat org lain. Mungkin pada aku..dh cukup mencabar..tp pada org lain..alaa...mcm kacang jer...Seawal usia ku 8 thn..aku telah diuji dgn kehilangan lelaki tercinta..Ayah pergi mengadap Penciptanya secara mengejut. Seusia itu..aku menolak takdir Allah. Tinggal lah mak membesarkan kami 10 beradik. Bermula lah hidup aku sebagai anak yatim. Pandangan org..byk la yg negetif dr yg positf.. Bukan mudah untuk terus bertahan dlm hidup sebegitu. Berbekalkan pencen arwah ayah sebanyak RM250..dan berkat ketabahan serta kesabaran seorang ibu dan isteri..alhamdulillah kami membesar dgn sempurna wpun tidak seperti keluarga org lain. Allah sentiasa ada bersama kami!! Kami tak punyer harta...tp mak tamankan nilai kasih sayang yg sgt utuh dan kuat pada kami adik beradik..dan emak adalah semangat kami...tak pernah walau sekali mak menangisi nasib nyer dihadapan anak2..Moga aku juga setabah emak..

Setiap dari kami dididik menjadi dewasa sebelum waktunya. Usia kanak2 dan remaja kami lebih byk sama2 membantu  mak. Cuti sekolah digunakan utk memolong mak mencari kayu api...time tu mana ada lg dapur gas. Masih lg menggunakan dapur kayu...kembang kuncup hidung nk menghidupkan api dapur tau..airmata jgn citer ler...bergelen2 kuar..pedih kena asap. Petang2 kami perlu menimba air telaga utk bekalan di rumah. Paip air pun belum ada lagi masa tu...nak merasa mcm budak2 zaman skrg..ipad..psp..ps3...mmg xder ler...nk berjalan2 time cuti2 sklh jauh sekali...tp kami tetap bahagia...Itu cabaran yg aku lalui lewat usia remaja.

Setelah melangkah alam dewasa..ujian dan cabaran tidak pernah berhenti. Alhamdulillah...tamat belajar..aku punyer pekerjaan. Wpun tidak berpangkat besar...tp aku tetap bersyukur. Bertemu jodoh setelah beberapa kali gagal dlm episod2 cinta aku yg lalu. Bersyukur aku dikurniakan dgn seorang teman hidup yg sgt memahami dan menghargai diriku.  Menerima seadanyer diri ku. Kebahagiaan melingkari kehidupan aku saat itu...namun ketentuan Allah...tiada siapa yg mampu mengatasinya. Aku sekali lagi diuji. Allah menarik semula nikmat kebahagiaan dgn menjemput suami ku pergi mengadapNya. Saat itu..sukar utk aku terangkan..semuanya terlalu sukar buatku. Tiada pilihan..aku harus teruskan hidup ini. Dan saat tu...emak adalah mentor ku..kekuatan dan ketabahan mak aku pinjam utk terus bernafas. Keluarga sentiasa berada di belakang untuk menyokong aku. Menyesuaikan diri dgn status baru..amat memyakitkan. Sendiri meneruskan kehidupan mendatang bukan suatu yg mudah.. Airmata menjadi teman setia. Dan Allah tempat aku mengadu segala rasa..semakin hari aku menjadi semakin kuat. Allah x pernah zalim dgn hambaNya. Perancangan Allah adalah yg terbaik. Itu aku pasti!!!

Dan kini...setelah 38 tahun..onak dan duri aku lalui..harapan aku agar Allah terus memberikan aku kekuatan untuk meneruskan sisa2 kehidupan ini. Semoga di penghujung perjalanan ini nnt ku temui bahagia yg aku cari. Aku ingin membahagiakan insan2 yg sentiasa menyayangiku..menunaikan hayat emak utk menjejakkan kaki ke tanah suci. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberi aku hidayah utk aku menjadi muslim yg mentaati segala perintahNya. Hanya itu harapana ku. Aku tidak perlukan sambutan harijadi dan pelbagai hadiah. Doakan kesejahteraan diriku sudah memandai.

Terima kasih pada ahli keluarga, teman-teman, sahabat handai atas ucapan dan ingatan kalian untuk harijadi ku ini. Amat aku hargai. Moga kita sama2 berada dalam rahmat Allah SWT. Ameenn....



********************************************

Kekadang Allah menyempitkan supaya kita tidak hanyut dalam kesenangan...

Kekadang Dia melapangkan supaya kita tidak selalu dipagut kesempitan...

Kekadang Dia melepaskan kita daripada kedua-duanya supaya tidak bergantung kepada sesuatu yang lain selain-Nya!




1 comment:

  1. Sebak....Semoga mjd iktibar n pedoman bt yg lain2 jua... Hidup ini penuh jln yg berliku. Semoga Awak trus tabah n sentiasa redha atas ujian Allah. InsyaAllah kebahgiaan akan dtg dlm pelbagai bntk. Semoga kt sentiasa istiqomah....

    ReplyDelete

Catatkan apa yang anda fikir..