Di sinilah aku coretkan kisah dan pengalaman
perjalanan sebuah kehidupan

:: AWIEN YAWARIS ::

LOGin

Friday, June 24, 2011

Chenta hatiku…Abadilah dirimu disana dgn tenang….

24.06.11 ~ Diam tak diam..dah 4 tahun ‘papa’ (panggilan tuk hubby) pergi meninggalkan diriku sendirian. ‘Papa’ pergi mengadap Penciptanya. Mana mungkin kita melawan takdir Allah. Pasrah pada ketentuan yg pastinya ada tersembunyi hikmah yg kita tidak ketahui.

Esok, genap 4 thn arwah pergi….sayu dan sebak dada bila mengingati saat2 pemergiannya Bukan tujuan utk meratapi kehilangannya…aku cuma berkongsi rasa yg sarat bertandang dibenak hati ini. Ada juga yg kata aku ini terlalu mengikut perasaan. Masih lagi berada di dunia aku sendiri. Sukar menerima kenyataan!! Tapi pada aku..aku punya cara sendiri utk merawat kesedihan di hati. Aku percaya..Allah beri ujian hanya pada hambaNya yang layak. Andai kalian berada di tempatku…mampukah kalian utk menghadapinya????

Sepanjang tempuh itu aku menjalani kehidupan ini sendirian. Setiap ujian dan dugaan yg dtg terpaksa ditempuhi dgn semampu yg boleh. Memang aku akui, bukan suatu yg mudah, ada kala putus asa menguasai diri, kesunyian mengelubungi ruang hati…namun kehidupan harus diteruskan juga. No matter what…

Banyak perkara yg aku pelajari. Kehidupan bukan hanya utk bernafas, kehidupan harus diharungi. Ada masa kita perlu memberi dan ada masa kita akan menerima. Hidup umpama sehelai kanvas putih. Warnailah kanvas putih itu supaya lakarannya menjadi cukup indah utk dilihat. Semua bergantung pada diri kita sendiri… kerana hidup sentiasa ada pilihan.

Aku tetap bersykur dengan setiap yg ditakdirkan untuk aku. Berbaik sangka pada Allah membuatkan aku rasa cukup tenang menjalani hari2 mendatang. Tanpa jemu, aku panjatkan doa agar arwah sentiasa tenang disana. Semoga arwah ditempatkan bersama ahli-ahli syurga. Cinta dan kasih sayang kami akan sentiasa mekar di sepanjang hidup ini.....

***********************

Al-fatihah utk Arwah Shahrin Jabar Basha

Friday, May 27, 2011

Sakit itu juga Nikmat....

27.05.11 ~ Awal minggu ni kesihatan aku tak berapa baik. Bermula dengan sakit perut yang tak tau apa puncanya bersambung pula dengan selsema yg datang menyerang. Badan aku memang alah pada cuaca yang panas. Selalunya bila aku terdedah dengan cuaca yang lebih panas dari biasa (hehehehe…dh mcm hot fm lak…) mudah lah selsema nak singgah. Dan bila dah datang satu penyakit…akan ada pulak sakit-sakit yangg lain yangg mengekorinya…selsema, sakit kepala, demam, sakit tekak, tonsil dan batuk. Complete package!!!

Bila dah sakit ni…aktiviti pun sedikit terbatas. Badan rasa lemah dan malas jer..rasa mcm nk tidur jer. Baru aku tersedar…bila waktu sakit macam ni lah baru badan dapat berehat. Kalau tidak…ada sajer perkara yang dah dirancang hingga badan pun tak merasa nak berehat. Antara nikmat bila sakit…boleh berehat….

Nikmat lain bila dah sakit ni…ramai yang ambil berat. Seronok jugak rasa bila ada yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan kita walaupun diri sendiri jarang nak kisah pun. Perangai aku bila sakit, sejak dari azali…satu dunia dah tau…memang tak SUKA makan ubat. Entah apa yang susahnyer nk makan ubat pun aku sendiri tak tau. Yang pasti…ubat tu pahit dan tak sedap..nak2 ubat yg berbentuk cecair…bg upah pun aku x nk makan….TAPI..sebenarnya…''yang pahit itulah penawar pada satu kesakitan”. Bila dah puas rasa pahit…baru kita dapat merasai betapa nikmatnya satu kemanisan..(tetiba berfalsafah la pulak…) Terima kasih kepada seorang teman yg sentiasa dekat dihati kerana tanpa jemu memujuk dan mengingatkan aku untuk makan ubat. Walaupun sibuk dan jarak yang jauh, tp masih sempat untuk bertanya khabar. Terima kasih 'S'. Sangat aku menghargainya…

Dan hari ni..Alhamdulillah...rasanyer aku dah semakin sihat…Cuma tinggal saki baki sakit yang tinggal. Moga batuk dan tonsil ni tak berlarutan seperti demam aku yang lalu. Syukur pada Allah kerana masih mengizinkan aku untuk merasakan nikmat sakit dan semestinyer lebih menghargai nikmat sihat…


*****************************************************************************

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara...

sihat sebelum sakit...

muda sebelum tua...

kaya sebelum miskin...

Lapang sebelum sempit...

Hidup sebelum mati....


Thursday, May 19, 2011

Ketuat...

19.05.11 ~ lately ni ibu jari kaki asyik rasa sakit jer...bila di belek-belek..rupanyar ada ketuat kecil. eerrmm....entah bila wujudnyer ketuat pun tak perasan. Bagaimana boleh terjadi ketuat pun aku kurang pasti. Adakah kerana tidak menjaga kebersihan kaki? Eerrmm...rasanya setiap hari aku akan mencuci kaki dan setiap 2 minggu akan melakukan pedicure pada kaki. Apakah puncanya ek???? Terasa sakit sangat bila ada tekanan pada ketuat tersebut. Nak pergi berjumpa doktor, rasa segan sebab saiz ketuat yg sgt kecil tu...so dengan bantuan makcik google, aku cari maklumat utk rawatan ketuat. Jom kita baca info berkenaan ketuat.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jenis-jenis ketuat

Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan:

1. Ketuat biasa

2. Ketuat kaki (Plantar warts)

3. Ketuat filiform (Filiform warts)

4. Ketuat planar

5. Ketuat kelamin Genital warts

Rawatan ketuat

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

Antara rawatan yang boleh diambik untuk mengubat ketuat:-


1. Salap asid salisilik

2. Terapi cryo

3. Podophyllin

4. Interferon & asid trichloracetic (TCA)

5. Pembedahan membuang ketuat


P/S: Cuma sekadar informasi umum. Adalah lebih baik mendapat nasihat doktor utk sebarang rawatan.

Wednesday, April 13, 2011

First Love @ Cinta Pertama


~ Let's talk about first love atau cinta pertama. Pernah tak melalui pengalaman macam tu? Pada usia berapakah anda melalui pengalaman cinta pertama?

Pada aku cinta pertama adalah laluan hati untuk kita merasai apa itu erti cinta yang sebenarnya. Laluan bagi jiwa untuk mengundang rasa rindu dan laluan bagi kalbu untuk menyimpul bunga-bunga bahagia. Namun, tidak semua cinta pertama akan berakhir hingga ke jinjang pelamin. Alangkah indah dan beruntungnya andai cinta pertama itu berjaya hingga ke jinjang pelamin. Namun, itulah hakikat kehidupan ... tidak semuanya indah-indah belaka.

Seawal di bangku sekolah aku mulai mengenali cinta pertama. Hehehe...lucu bila mengingati kisah lama. Kata orang sambil menyelam minum air. Sambil belajar, sempat jugak la bercinta cintun...but its so sweet.

Zaman aku dulu, xder alat-alat canggih utk berkomunikasi..tak ada handphone, takder email, telefon rumah pun tak semua orang mampu miliki, yang ada cuma public phone yang tinggal tiang jer...FB lagi ler xder. Yang jadi penghubung cuma surat. Wah!! saat dapat surat dari si buah hati, punyer la suka...siang malam asyik duk baca isi kandungan surat tu..sampai lunyai la jadi nyer. Siap simpan bawah bantal lagi bila nk tidur. Hati berbunga-bunga!!! Memang angau dan mengasyik kan. Tapi akhirnya cinta itu cuma mampu menjadi satu memori yang akan di kenang kini dan selamanya.

Aku tetap bersyukur kerana aku memenukan cinta sejati walaupun bukan dari cinta pertamaku....

Tapi pernah tak kita terfikir cinta pertama akan datang semula dan menjadi milik kita yang abadi setelah sekian lama ia hanya menjadi memori??? Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja mampu menjawab soalan ini.

Bagi aku..andai itu berlaku...orang itu sangat beruntung...kerana CINTA ITU SATU ANUGERAH.....

Monday, April 11, 2011

Re-Unite SMABian @ Janda Baik, Pahang

~ 09.04.2011|||| Pagi lagi dah bangun bersiap untuk ke Janda Baik, Pahang. Progam One Day Trip ini dirancang lebih sebulan yang lalu. Lokasi asal adalah di Port Dickson..namun atas sebab-sebab tertentu, lokasinya terpaksa ditukar di saat-saat akhir. Berserabut jugak lah kepala semua urusetia untuk mencari dan membuat perangcangan dalam masa yg sangat suntuk..kira-kira kurang dari 2 hari yang tinggal..Namun dengan kerjasama (bak kata wonderpet...apa yg penting ..kerjasamaaaa) dan komitmen yang tinggi dari semua pihak akhirnya program ini dapat dijalankan dengan meriah walaupun ramai yg tidak dapat turut serta. Mungkin di lain kesempatan, kita akan bertemu.

Sukar untuk digambarkan kegembiraan bila dapat bertemu dan beramah mesra dengan teman-teman sekolah. Ada di kalangan teman-teman yg hampir 20 tahun tidak berjumpa...(cuba bayangkan seronok nyer). Berbual, berbicara tentang kisah-kisah zaman persekolahan hinggalah ke kehidupan sekarang, membuatkan setiap dari kami tak kering gusi. Bermacam-macam cerita dikongsi bersama. Dan yang bertambah meriah lg dihiasi dengan gelagat anak-anak kami. Memang seronok...

Ini antara kenangan yang sempat dirakamkan...

yang sempat hadir...

tiga sahabat...

sebaik tiba di Hawa Resort, Jand Baik...

Program berakhir pada 5 petang hari yang sama. Tapi ada jugak teman-teman yang mengambil keputusan untuk bermalam di situ. Mungkin tidak puas untuk bersembang dan menikmati keindahan alam di Hawa Resort, Janda Baik termasuklah aku sendiri.

Sebelum kami meninggalkan resort itu, sempatlah jugak berendam dalam jeram yang sangat jernih dan sejuk airnya.

Pada teman-teman SMABian...semoga kita bertemu lagi....next location....dimana ek????

***************************************
"Happiness is time spent with a friend and looking foward to sharing time with them again."











Friday, April 1, 2011

Selamat Kembali....


Fuhhh!!!! terlalu lama tak menjenguk blog ini...tiada entri baru sejak dari August 2010. Lama nyer la kan...Dah naik berlumut dah blog ni...Sebab apa ek? Adakah sebab terlalu sibuk, tiada masa..atau tak punya idea yang nak di kongsi bersama??? Itu semua bukanlah alasan....rasanya 'rasa malas' itu yang melebihi dari yang lain.

Tapi hari ini...'rasa malas' cuba dikikis. Makanyer..terbitlah entri ini. Harap-harap entri di hari pertama bulan April 2011 ini akan disusuli dengan entri-entri yang lain. Welcome back!!.

Selamat kembali menulis apa yang terlintas di kepala. Berkongsi serba sedikit kisah hidup dan apa-apa saja yang mungkin boleh di manfaatkan bersama. Selamat kembali mewarnai hidup yang mendatang dengan lebih bermakna dan membahagiakan.

Setelah beberapa ketika hidup diliputi dengan rasa pahit dan suram, sedikit cahaya gembira muncul yang mampu menceriakan diri. Pastinya aku amat bersyukur diketika ini. Moga cahaya itu akan terus menerangi kehidupan aku dan juga orang-orang disekeliling. Selamat Kembali Keceriaan......

************************************************************************************************

Teringat aku kata-kata bijak pandai.."Nikmat itu datang sekali sekala...tetapi syukur perlu setiap masa...."